Wednesday, April 13, 2011

Mesyuarat MGC SMKTK 02/2011


Mesyuarat MGC SMKTK kali ke-2 telah diadakan pada 13hb April jam 1.50 petang di Bilik Mesyuarat SMKTK. 4 perkara penting telah dibincangkan iaitu Pelaksanaan Kelas (jadual, bayaran dan sebagainya), Program GC tahun 2011, penyediaan set soalan mirip soalan SPM & PMR dan Program 20 minit.
Beberapa perkara akan dibincangkan dengan Tuan Pengetua dan Pentadbiran sebelum pelaksanaan.
Ribuan terima kasih kepada GPK1 (Pn. Hjh Arbaenah binti Masud) yang bermurahati menaja jamuan pada mesyuarat ini.
Sekian.

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat MGC SMKTK 01/2011

Satu mesyuarat telah diadakan pada 28hb Mac 2011 bagi tujuan merangka program GC sepanjang tahun 2011. Program yang dirancang akan melibatkan semua pelajar terutamanya calon SPM dan PMR 2011.
8 program induk telah dirancang dan sebahagiannya akan dilaksanakan awal April dan akan tamat beberapa hari sebelum peperiksaan. Sebahagian program akan melibatkan ibubapa dan penjaga pelajar, ganjaran kepada pelajar yang mencapai sasaran dan sebagainya.