Wednesday, April 13, 2011

Mesyuarat MGC SMKTK 02/2011


Mesyuarat MGC SMKTK kali ke-2 telah diadakan pada 13hb April jam 1.50 petang di Bilik Mesyuarat SMKTK. 4 perkara penting telah dibincangkan iaitu Pelaksanaan Kelas (jadual, bayaran dan sebagainya), Program GC tahun 2011, penyediaan set soalan mirip soalan SPM & PMR dan Program 20 minit.
Beberapa perkara akan dibincangkan dengan Tuan Pengetua dan Pentadbiran sebelum pelaksanaan.
Ribuan terima kasih kepada GPK1 (Pn. Hjh Arbaenah binti Masud) yang bermurahati menaja jamuan pada mesyuarat ini.
Sekian.

Monday, March 28, 2011

Mesyuarat MGC SMKTK 01/2011

Satu mesyuarat telah diadakan pada 28hb Mac 2011 bagi tujuan merangka program GC sepanjang tahun 2011. Program yang dirancang akan melibatkan semua pelajar terutamanya calon SPM dan PMR 2011.
8 program induk telah dirancang dan sebahagiannya akan dilaksanakan awal April dan akan tamat beberapa hari sebelum peperiksaan. Sebahagian program akan melibatkan ibubapa dan penjaga pelajar, ganjaran kepada pelajar yang mencapai sasaran dan sebagainya.

Monday, July 12, 2010

KEM A-PLUS (A+) SAINS PERTANAIN SPM 2010

Kem kecemerlangan Sains Pertanian yang dinamakan Kem A-Plus (A+) Sains Pertanian SPM Daerah Pontian tahun 2010 akan diadakan (insyaallah..) seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 23 dan 24 Julai 2010
Tempat : Tanjung Piai Resort, Kukup Pontian (Penghujung Benua Asia)
Penyertaan : Calon SPM terpilih dari sekolah yang menawarkan SP di daerah Pontian, Johor Bahru dan Pasir Gudang.
Penceramah :
Kertas 1 : En. Bukari bin Paiman (GC Sains Pertanian KPM)
Kertas 2 : En.Salem bin Amir (GC Sains Pertanian KPM)
Anjuran :
1. Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, Unit Teknik dan Vokasional
2. JKD Sains Pertanian dan MPV Daerah Pontian
3. Majlis Guru Cemerlang Daerah Pontian

Sekian untuk kali ini.

Tuesday, April 6, 2010

Mesyuarat MGCSMKTK 02/2010

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 13hb April 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Agenda:
1. Ucapan Pengetua
2. Pembentangan minit 01/2010
3. Perkara berbangkit
4. Perancangan 2010 : Program Tuju Cemerlang dan Galus
5. Hal-hal lain

Semua GC dijemput hadir.
Harap maklum

Friday, March 12, 2010

Kursus Perkembangan Staff 02/2010

Tahniah kepada semua GC di atas kehadiran dan penyertaan di dalam Kursus perkembangan Staff kali ke-2 tahun 2010 yang telah diadakan pada 13hb Mac 2010 (Sabtu). Dua tajuk dikursuskan iaitu :
1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
2. Pengurusan perubahan dan Konsep Pembestarian Sekolah.
Sekian.

Wednesday, March 10, 2010

Keputusan SPM 2009

Keputusan SPM 2009 akan diumumkan pada 11hb Mac 2010 (Khamis). Semua calon boleh mendapatkan slip keputusan SPM masing-masing disekolah selepas jam 10.00 pagi.

Harap maklum.

Pembinaan dan Pemurnian PLAN-J

Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (Plan-J) iaitu satu aktiviti menentukan bilangan latihan yang standard bagi mencapai setiap objektif matapelajaran yang perlu diberi guru dan dijawab pelajar dalam tempoh tertentu.

Beberapa mesyuarat telah dan sedang dijalankan bagi membina dan memurnikan PLAN-J diseluruh negeri Johor. Kepada semua GC boleh mendapatkan salinan perisian PLAN-J matapelajaran masing-masing dari saya (nordinehsan_69@yahoo.com).

Pelaksanaan sepenuhnya diseluruh negeri Johor dijadualkan pada 2011.

Harap maklum.